.

Taha Katira, Reko Sentral, Kajang

This review was written by our ParamKL Reporter @zamnayan

Air Katira

Taha Katira. RM2.50
Mulanya saya ingatkan bunting kedai ini tertulis nama pemiliknya- Taha
Katira, tetapi apabila ditanyakan maksudnya, pemilik kedai menjelaskan
ianya sejenis campuran air yang pada masa dahulunya terkenal
dikalangan pedagang Arab yang pernah datang ke Tanah Melayu sebagai
minuman tenaga ala 100 Plus. Katira datang daripada getah pokoknya dan
dibawa masuk melalui Singapura. Ramuannya dicampur selasih, susu,
sirap dan teh air mawar dihidangkan sejuk. Saya telah membeli dua
bungkus dan sebaik sahaja meminumnya untuk berbuka puasa saya terus
rasa segar dan ‘recharged’. Jika anda mahu mencubanya, tambah sedikit
ais atau air sejuk kerana ianya sedikit manis. Sedap!

Comments