Putu Bambu, Reko Sentral, Kajang
This review was written by our ParamKL Reporter @zamnayan
Putu Bambu
Pootoo Bambu. RM2 sekotak 4 biji
Dah lama saya tak makan kuih Putu Bambu, jadi saya buat keputusan
untuk mencuba beli daripada kedai ini. Ejaan dibuntingnya menarik
perhatian; ‘Pootoo Bambu’, dan harganya juga berpatutan; RM2 sekotak 4
biji. Pertama kali saya lihat bagaimana kuih ini di masak, pekerjanya
begitu teliti menyusun bekas buluh di atas ‘steamer’ sambil tekun
melayan dan menerima tempahan pelanggan yang beratur panjang. Di
rumah, saya dapati Putu Bambu ini masih suam, lembut, dan kandungan
gula melakanya yang tidak terlalu banyak. Ngam-ngam dan enak!



