Contribute!
Jom Contribute!
2. Write a short review and send it to contribute@paramkl.com.my or just fill up the form below!
3. Still need more information? Then read below the form
Form closed
How do I CONTRIBUTE / WRITE a review for ParamKL?
But wait! Before you head out to your nearest Param,
1. Camera / Mobile Camera
2. Pen (Pencil oso can) :- to note down
a: Param Location you’re going to,
b: Food Name (then we wont know what you review is about right?????)
c: Food Price (so we can budget lah, when buying)
d: Name of Stall (if got lah, if not, then just note down what’s next to it, for example;
“Karipap Pak Tam is located next to the Ayam Perchik stall & Air Tebu Kassim OR Karipap Pak Tam is the third stall on your right from the main entrance of Param TTDI. Got it? Senang kan!)
3. Some CASH (in small change), a good attitude and yourself arrr!
Just write about all the good stuff you want to share with us, if food tak sedap, we oso don’t want to know.
Please be polite with vendors and other customers, greet and ask permission before doing your review.
So have fun, go explore, be considerate with your surrounding and send us your reviews with your NAME / TWITTER handle to: contribute@paramkl.com.my
Ps. We also encourage you to BRING YOUR OWN BAG! or Tupperware so that we can help save the environment too this Ramadhan
MACAM MANA NAK SUMBANG REVIEW UNTUK ParamKL?
1. Pilih gerai dan ambil gambar
2. Tulis reviu pendek dan hantarkan kepada reviews@paramkl.com.my!
3. Perlukan lebih informasi? Baca kenyataan beikut di bawah;
*************************************************************************************
Rasa reviu anda lebih bagus daripada apa yang tertera di website ParamKL? Hah! Apa tunggu lagi, kongsilah reviu-reviu makanan-makanan sedap korang dengan ParamKL! Tapi sebelum tu, bacalah dan fahamkan PANDUAN MENULIS REVIEW GEMPAK PARAMKL!
Anda perlukan;
1. Kamera (Kamera telefon bimbit pun jadilah)
Panduan Photo : Kami perlukan 3 photo berlainan!
a: Establishing Shot PERSEKITARAN Param pilihan korang. (that means boleh nampak seluruh ruang gerai terpilih) b: Profile Shot GERAI (so boleh la nampak pakcik gerai tu, kalau-kalau gerai takde nama. Jangan lupa mintak izin dulu sebelum nak ambik gambar atau tanya soalan
c: Close Up Shot gambar MAKANAN yang korang nak reviu (errr…so boleh lah kitorang tahu apa je yang korang reviu tu ;p)
2. Pen (Pensil pun boleh) :- untuk catit info seperti berikut
b: Nama Makanan (nanti lupa pulak kalau-kalau gerai tu banyak juadah, kan?????)
c: Harga Makanan (so boleh la pembaca bujet bila nak ke Param tu nanti)
d: Nama Gerai (kalau ada lah. kalau takde korang bagitau je la nama gerai kat sebelahnya ke…contohnya; Karipap Pak Tam bersebelahan gerai Ayam Perchik Senah & Air Tebu Kassim ATAU Karipap Pak Tam adalah gerai ke-tiga selepas jalan masuk hadapan KFC Param TTDI. Got it? Senang kan!)
3. DUIT (bawak la duit kecil ya), DIRI SENDIRI dan SENYUM lah ya…
Ingat, korang hanya perlu tulis reviu tentang makanan-makanan yang sedap sahaja kalau tak sedap, kitorang pun tak nak tahu. Sopan-santun lah sikit ya bila berdepan dengan tauke kedai. Mintak izin sebelum membuat review dan kalau boleh jangan lama-lama sangat sampai mengganggu pelanggan lain.
Senangkan? So have fun, pergi survei dulu satu Param tu sebelum membeli, bertimbang-rasa dengan persikataran korang, pastu jangan lupa hantar reviu dengan NAMA / NAMA TWITTER kepada: contribute@paramkl.com.my


Reporter: @akumakata
Reporter: @amaeba
Reporter: @ameliachn
Reporter: @badrul_ismail
Reporter: @opticmystix
Reporter: @vinivedivici
Reporter: @zainhd